in ,

Rumah Terbuka Malaysia Madani bermotif politik, membazir

ahmad yahya 696x391 1

KUALA LUMPUR, 26 April – Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mendakwa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di negeri-negeri tertentu, hanya bermotifkan politik semata-mata.

Ketua DUPP, Datuk Ahmad Yahaya berkata, penganjuran berkenaan  membawa lebih banyak pembaziran hanya kerana mahu memenuhi kerakusan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kerajaan .

Katanya rakyat hari ini sudah bijak menilai dan mampu membaca tindakan kerajaan yang semkain tempang hari ini.

“Tindakan dan amalan politik PH-BN tidak lagi mencerminkan perjuangan yang didambakan.

“Bahkan satu demi satu prinsip kerajaan sekarang sekadar tinggal ucapan yang manis didengar di halwa telinga.

“Apakah semua pihak akan menerima bulat-bulat bahawa penganjuran jamuan Hari Raya Aidilfitri di negeri PRN semata-mata tiada udang di sebalik batu?,”katanya dalam kenyataan.

Anwar sebelum ini mempelawa orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama Perdana Menteri dan jemaah menteri yang dijadualkan berlangsung di enam negeri, yang kebanyakan terdiri negeri dikuasai pembangkang.

Amalan berkenaan dilihat berbeza dengan pemerintahan sebelum ini yang menetapkan majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri diadakan pada Hari Raya pertama di Putrajaya.

Namun Anwar dilihat mencari kelainan apabila menganjurkannya di enam negeri yang akan bermula di Kedah pada 29 April, diikuti Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan di Selangor (14 Mei). -nasionalkini.my

simbolik

500 merpati dilepaskan sebagai simbolik sokongan tahanan Palestin

WhatsApp Image 2023 04 26 at 11.35.41

Tun Dr Mahathir puji fasiliti MRT