in

500 merpati dilepaskan sebagai simbolik sokongan tahanan Palestin

simbolik

GAZA, 26 April – Penduduk Palestin di Gaza berhimpun secara aman sambil  menunjukkan solidariti mereka  kepada tahanan Palestin di penjara Israel dengan melepaskan ratusan burung merpati ke udara.

Memetik portal dayofpalestin.ps, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan di luar bangunan jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di Gaza semalam bagi menjayakan kempen solidariti berkenaan.

Seorang wakil penganjur, Ahmed al-Najmi berkata, kira-kira 500 burung merpati dilepaskan ke udara adalah simbolik sokongan kepada tahanan.

Disebabkan amalan haram yang dilaksanakan tentera pengganas haram Israel ke atas banduan yang kini berada dalam keadaan terseksa terutama bagi banduan yang berdepan masalah kesihatan selain tidak diberi rawatan dan hak yang sewajarnya.

Justeru, badan-badan NGO menggesa organisasi antarabangsa dan hak asasi manusia digesa supaya mengambil tindakan dan menguatkuasakan perjanjian antarabangsa yang memberi hak tertentu kepada tahanan sekali gus memaksa tentera pengganas Israel mematuhi  perjanjian berkenaan.

Kelab Tahanan Palestin, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, mendakwa kira-kira 4,900 warga Palestin kini berada di penjara Israel.

Malah, 1,000 daripada mereka terdiri daripada  tahanan pentadbiran, yang ditahan tanpa alasan dan tidak dibenarkan  didakwa atau dibicarakan. – Agensi

WhatsApp Image 2023 04 25 at 11.21.11 PM

Berdarah tangan lantaran tiket wayang!

ahmad yahya 696x391 1

Rumah Terbuka Malaysia Madani bermotif politik, membazir