in ,

Perlu ada tauliah jika ingin berceramah di Pahang – Agong

341391844 938164960931627 4202160307066412023 n
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

LIPIS, 13 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta agar penceramah perlu mempunyai tauliah untuk mengajar dan berceramah di masjid atau surau di Pahang.

Seri Paduka Baginda bertitah, ini memastikan kesucian agama Islam terus terpelihara daripada sebarang anasir penyebaran ajaran salah, fitnah-memfitnah dan bersangka buruk yang boleh menimbulkan kesan negatif terhadap agama, masyarakat dan negara maka tauliah diperlukan.

“Biarlah mereka yang bertauliah dan mahir dapat menyebarkan ilmu agama di negeri ini. Pihak pentadbir masjid dan surau diminta terus mengawasi mana-mana pihak yang mahu mengambil peluang sebagai langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat bercemar duli merasmikan Masjid Baharu Benta yang diberi nama Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini, semalam.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Dalam pada itu baginda turut menyentuh tentang peranan masyarakat dalam mempertahankan kesucian, kemuliaan serta keharmonian institusi masjid.

“Saya berharap agar setiap masjid dan surau ditadbir urus oleh ahli masjid dan surau dengan sebaik mungkin. Imarahkan masjid dengan kelas dan aktiviti keagamaan, menyatukan umat kita Islam di kawasan masing-masing,” titah baginda.

Untitled design

10 lagi pasar tani tambahan sempena Jualan Khas Syawal Madani

achey ry

‘Raya Rempit Achey’ lain daripada kebiasaan