in

10 lagi pasar tani tambahan sempena Jualan Khas Syawal Madani

Untitled design
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan untuk memastikan 30 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) mencukupi.

BATU PAHAT 14 April – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menambah 10 lagi outlet pasar tani akan ditambah sempena Jualan Khas Syawal Madani mulai 16 April, Sabtu ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata,  penambahan 10 lagi outlet berkenaan adalah tambahan kepada 103 outlet yang diumumkan sebelum ini susulan permintaan ramai.

Penambahan berkenaan turut persetujui  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan KPKM memastikan bekalan barangan mencukupi bagi Ramadan dan Syawal ini.

pasar tnai 2
Datuk Seri Mohamad Sabu menyerahkan bantuan banjir kepada golongan petani di Sri Gading, Johor, semalam

“FAMA juga akan cuba untuk cukupkan barang keperluan termasuk ikan, sayur, minyak masak dan barangan utama lain,” katanya selepas hadir ke majlis penyerahan bantuan banjir kepada golongan petani  di Sri Gading, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad memberi jaminan untuk memastikan 30 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) mencukupi buat pengguna.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata kesemua pasar tani berkenaan memfokuskan kepada jualan barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri yang akan beroperasi selama enam hari hingga 20 April dengan menawarkan  harga barangan yang berpatutan dan mampu milik. – NasionalKini

pasar tani 1
Penambahan pasar tani turut persetujui  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan bekalan barangan mencukupi sempena Syawal

WhatsApp Image 2023 04 14 at 9.11.44 AM 2

TNB peruntuk RM40,000 bantu 200 murid luar bandar di Pahang

341391844 938164960931627 4202160307066412023 n

Perlu ada tauliah jika ingin berceramah di Pahang – Agong