in

Nik Abduh belum muktamad jadi calon PRN Kelantan

Tan Sri Abdul Hadi Awang

KOTA BHARU, 25 Jun – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, terus berteka-teki mengenai sama ada bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, tercalon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) atau sebaliknya.

Meminta semua pihak menunggu sehingga hari penamaan, beliau mengakui akan berlaku kejutan termasuk kemungkinan tokoh UMNO ditampilkan sebagai calon.

“Tunggu hari penamaan calon sama ada nama beliau (Nik Mohamad Abduh) naik atau tidak, akan ada kejutan insya-Allah.

“Tokoh dari UMNO pun insya-Allah ada,” katanya mengulas desas-desus menyebut nama Nik Mohamad Abduh digugurkan bagi PRN di Kelantan, lapor BH.

Dewan Undangan Negeri Kelantan dibubarkan secara rasmi 22 Jun lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri – Gambar hiasan

Terdahulu, Abdul Hadi merasmikan Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) peringkat Kelantan di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Mengenai calon menteri besar di enam negeri berdepan PRN, Abdul Hadi berkata, perkara itu belum dibincangkan.

“Calon Menteri Besar kita tidak bincang pun lagi, tunggu kita menang dulu baru kita bincang,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Warong Tersorok bukan ‘warung biasa’

20230513 121424

Jemaah haji tanpa permit kena usir