in

Markas, bendera PAS dirosak : Polis Terengganu

kg cina
Polis Terengganu terima satu laporan berkaitan perbuatan merosakkan bahan kempen parti PAS kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu.

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos – Polis Terengganu menerima laporan berhubung tindakan merosakkan bahan kempen parti PAS pada hari keenam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri tersebut.

Ketua Urusetia PRN Polis Kontinjen Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin berkata, pengadu mendapati bendera PAS yang dipasang di Perumahan Kampung Cina disembur cat sementara markas pula dirosakkan.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru, Noor Halim mengingatkan semua calon dan penyokong supaya melakukan aktiviti kempen secara berhemah bagi mengelak wujud sebarang bentuk provokasi.

“Semua calon dan penyokong parti bertanding perlu terus melakukan aktiviti kempen secara berhemah dan bersopan agar tidak menimbulkan sebarang bentuk provokasi dan mengelak insiden tidak diingini,” katanya. – nasionalkini.my

Projek HSR hanya dibincang lepas ada keputusan awal Malaysia-Singapura

Agong mahu ekspedisi Mardi Himal dibukukan