in ,

Restoran di JB dilempar bahan letupan dipercayai angkara hasad dengki

WhatsApp Image 2023 05 15 at 10.03.24 PM 1 1

JOHOR BHARU 15 Mei – Pasang surut dalam perniagaan pastinya menjadi lumrah bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia tersebut.

Apatah lagi, peniaga akan bersiap sedia dengan segala kemungkinan bagi menghadapi sebarang dugaan dalam meneruskan perniagaan mereka akan kekal stabil.

Bagaimanapun, lain pula yang berlaku di Johor Sabtu lalu apabila tular video yang menunjukkan tragedi letupan berlaku di sebuah restoran yang terletak di kawasan Jalan Abdul Samad, Johor Bahru.

Menerusi video rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang di muat naik dalam media sosial itu memaparkan sebuah kenderaan berhenti di kawasan luar premis tersebut dan dilihat seperti ada seorang individu melemparkan sebuah objek yang dipercayai bahan letupan.

ezgif.com webp to jpg 15
Asisten Komisioner Raub Selamat

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan tersebut daripada pemilik premis kedai berkenaan.

Katanya, polis menerima laporan daripada pengadu seorang lelaki berusia 35 tahun yang mendengar bunyi letupan yang kuat sehingga beberapa cermin tingkap pecah.

“Hasil siasatan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melalui semakan rakaman CCTV mendapati kejadian yang berlaku pada pukul 4.15 pagi Sabtu itu memaparkan sebuah kenderaan berwarna gelap berhenti di hadapan pagar premis berkenaan.

WhatsApp Image 2023 05 15 at 10.03.24 PM 1
Tangkap layar kejadian seorang lelaki membaling bom di hadapan premis sebuah kedai di alan Abdul Samad, Johor Bahru pada Sabtu.

“Suspek keluar dari kenderaan dan melempar objek seperti bom ke tempat premis berkenaan sehingga menyebabkan beberapa kerosakan,” katanya.

Menurut Raub, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan juga denda.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan pihak polis masih menyiasat punca kejadian.” ujarnya.

WhatsApp Image 2023 05 15 at 10.03.24 PM
Pelbagai reaksi yang disuarakan netizen yang menonton video tular baru-baru ini

Dalam pada itu, menjenguk ke ruangan komen pelbagai pandangan disuarakan dan rata-rata yang menonton video berkenaan berpendapat ia adalah disebabkan perasaan hasad dengki dan cubaan untuk mensabotaj perniagaan pemilik restoran berkenaan.

Malah, ada yang menyifatkan tindakan berkenaan disebabkan pemilik restoran berhutang dengan Ah Long .

“Orang kata bila seseorg tu da xmampu nk bersaing dgn kita dia usaha menjatuhkn kte… Kalau x pinjam along maksudnya ada org dengki la tu….”

“Ini macam Lazy Monday je, dia ingat mercun bola ke ? Seram erh bila orang biasa boleh ada senjata macam ni.”

“Rate untuk upah bomoh mahal kot sekarang.. main bom plak.. seram pulak ya mcm ni.. hati? everyone..” – nasionalkini.my

DR. MAHATHIR MOHAMAD re

Tun M gelar PM ‘Mat Retorik’ cakap tanpa bukti

WhatsApp Image 2023 05 15 at 9.54.52 PM

Shasha Abedul mahu jadi wanita dewasa