in

Merokok di tempat awam, tujuh individu dikompaun

WhatsApp Image 2023 07 09 at 10.42.37 PM
Antara individu yang dikompaun kerana merokok di kawasan larangan


Aliah Ramli

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Tujuh individu dikompaun selepas dikesan merokok di kawasan awam menerusi operasi larangan merokok di pusat beli-belah Berjaya Times Square di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka turut dikenakan notis 11(1)(n) di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Katanya, operasi larangan merokok itu dijalankan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL diketuai Timbalan Pengarah Kanan JKAS, Dr Norhalizam Ismail.

WhatsApp Image 2023 07 09 at 10.42.20 PM
Antara individu yang dikompaun kerana merokok di kawasan larangan

Menerusi operasi tersebut, pihak pengurusan Berjaya Times Square juga disaran untuk menambah lebih banyak papan tanda larangan merokok terutama di tempat letak kereta.

“Pihak pengurusan turut dimaklumkan supaya menggunakan tong sampah yang tidak bersekali dengan tempat abu rokok bagi mengelakkan pelanggan atau pekerja merokok di dalam premis

” DBKL turut mengeluarkan nasihat dan pendidikan kesihatan diberikan berkenaan Penguatkuasaan Kawalan Hasil Tembakau kepada orang awam dalam operasi tersebut,” ,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. – nasionalkini.my

ikan tok bali

Kelantan catat pendaratan ikan sebanyak 23,000 tan metrik sehingga Mei tahun ini

Kedah berjaya tundukkan PDRM