in ,

Nelayan maut dipercayai disambar buaya ketika tebar jala

0506rssambar 1683354244
Pihak berkuasa membawa mayat nelayan sungai yang menjadi mangsa serangan buaya Sungai Batang Oya, Dalat, malam tadi.

Kuching, 6 Mei – Nelayan sungai ditemui maut selepas dipercayai disambar seekor buaya ketika sedang menebar jala dari botnya sebelum diheret ke dalam Sungai Batang Oya di Dalat, Mukah malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Saga Chunggat berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam tadi selepas dimaklumkan oleh orang awam yang menghubungi polis.

“Berdasarkan maklumat saksi kejadian, mangsa disambar seekor buaya ketika sedang menebar jala dari botnya sebelum diheret ke dalam Sungai Batang Oya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Saga, rakan mangsa yang cemas dengan kejadian itu kemudian meminta bantuan penduduk kampung untuk menjalankan pencarian dengan kaedah tradisional iaitu menggunakan mata kail yang ditunda menggunakan bot.

“Selepas beberapa jam pencarian iaitu pada 12.30 tengah malam, mata kail yang digunakan tersangkut pada mangsa yang tenggelam di dasar sungai,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian ditarik ke permukaan sebelum dihantar ke Hospital Dalat untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan oleh doktor mendapati kecederaan pada badan mangsa adalah sinonim dengan kecederaan akibat gigitan binatang buas.

“Mangsa dipercayai diheret masuk ke dalam air dan lemas. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

2185653

Penunggang motosikal maut digilis

IMG 20230506 WA0015

Restoran Serambi Emak, hadiah buat arwah ibu