in

Kanak-kanak maut bas bertembung lori tangki

Kemalangan maut itu dipercayai berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi

SEGAMAT, 15 Julai – Seorang kanak-kanak maut manakala ibunya patah kaki dalam kemalangan membabitkan sebuah bas henti-henti dan lori tangki di Jalan Sidek, Kampung Jawa, Chaah dekat sini pagi tadi.

Nahas pada jam 7.10 pagi itu turut mengakibatkan tiga lagi cedera.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu meninggal dunia ketika mendapat rawatan di sebuah klinik berhampiran, lapor Sinar Harian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Mohd Hafifie Md Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.13 pagi.

Katanya, seramai 14 anggota bomba dari BBP Labis dan BBP Yong Peng dibantu dua jentera Fire Rescue Tender, dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dikejarkan ke tempat kejadian.

“Laporan awal kemalangan melibatkan sebuah treler jenis Tata dan sebuah bas transit jenis Hino.

“Pihak bomba bertindak menyelamatkan mangsa dan memberikan rawatan awal.

“Mangsa yang cedera ialah pemandu lori iaitu lelaki warga emas berusia 62 tahun, penumpang bas, seorang lelaki berusia 65 tahun dan dua wanita berumur 23 dan 45 tahun,” katanya.- nasionalkini.my

Merdeka Fun Run di Royale Chulan

IMG 20230529 190255 scaled

RM8.9 juta untuk baik pulih klinik daif di Terengganu