in

Wacana ilmu dedah teknologi dron

Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan Tuan Kamarul A Muhamed selepas berbicara tentang Teknologi Dron dalam Wacana Ilmu anjuran UMPSA

KUANTAN, 16 Ogos – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menganjurkan program wacana ilmu bertajuk ‘Teknologi Dron di Malaysia: Bersediakah Kita?’ di sini, semalam.

Program itu dianjurkan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi bagi mendalami pengetahuan mengenai teknologi dron dan peranannya terhadap sektor pembangunan ekonomi di Malaysia.

Wacana itu disampaikan khas oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Group, Tuan Kamarul A Muhamed.

Aerodyne Group ialah sebuah syarikat peneraju perkhidmatan dron yang terkemuka di dunia dan perintis dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) tempatan.

Program dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMPSA, Profesor Ts Dr Kamal Zuhairi Zamli dan Ketua Pegawai Operasi/Pendaftar UMPSA, Datuk Saiful Bahri Ahmad Bakarim.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika berucap menekankan kepentingan mendalami perspektif baharu mengenai teknologi dron, khususnya kepada golongan penyelidik di universiti untuk diaplikasikan di dalam kajian dan penyelidikan mereka.

Selain wacana, turut diadakan perbincangan dalam menerokai ruang kerjasama bagi mendalami ilmu baharu dan memartabatkan industri teknologi dron di Malaysia dengan melahirkan lebih ramai teknologis dan juruteknik mahir dalam bidang itu.- nasionalkini.my

Semangat patriotik pesara TUDM

Ambulans bawa mayat guru terbalik