in ,

HRPZ Kota Bharu berjaya lakukan prosedur derma organ penderma meninggal dunia

hrpz kb
Prosedur perolehan organ buah pinggang itu dilakukan oleh Pasukan Transplantasi, Unit Urologi, Jabatan Pembedahan, HRPZ II terhadap seorang penderma organ yang disahkan kematian otak.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Baharu, berjaya menjalankan prosedur pendermaan organ kadaverik iaitu organ dikeluarkan selepas meninggal dunia bagi kedua-dua belah organ buah pinggang.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Abdul Haris Muhammad berkata, pendermaan berkenaan merupakan prosedur ketiga yang telah dilaksanakan di negeri itu selepas prosedur sama dijalankan dua kali sebelum ini masing-masing pada 2019 dan 2022.

“Prosedur perolehan organ buah pinggang itu dilakukan oleh Pasukan Transplantasi, Unit Urologi, Jabatan Pembedahan, HRPZ II terhadap seorang penderma organ yang disahkan kematian otak.

“Penderma organ itu meninggal dunia selepas menghadapi komplikasi kecederaan akibat kemalangan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menerusi maklumat Unit Perkhidmatan Transplan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan, pendermaan organ kadaverik dijalankan dengan mengeluarkan organ selepas penderma meninggal dunia. – nasionalkini.my

Ronaldo kemudi Al-Nassr ke final Liga Pro Saudi

4 cedera MPV langgar kereta kebal