KUANTAN, 1 April – Minggu terakhir Ramadan menyaksikan jadual ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus semakin padat.
Semalam dia meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk di surau Darun Nadwah, Resindensi Prima Seri Mahkota Maju, dekat sini.
“Rezeki bulan Ramadan, ada nasi lauk kambing dan aneka kuih muih.
“Semuanya sedap belaka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Juadah berbuka disediakan melalui konsep gotong-royong.
Selesai berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Mohd Yazid seterusnya ke Masjid Seri Fajar.
Di situ, dia bersama penduduk menunaikan solat Isyak dan tarawih.– nasionalkini.my