in

Polis buru warga asing cabul kanak-kanak

logo polis 2 1651832730
Gambar hiasan

PETALING JAYA, 9 Mei – Polis memburu seorang lelaki warganegara asing kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun, di Telupid, Beluran.

Ketua Polis Beluran, Kasim Muda, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu mangsa.

Katanya, ibu mangsa melaporkan dia melihat suspek berumur 40 tahun itu cuba merogol anaknya di belakang sebuah kedai.

“Dalam laporannya, pengadu sedang mencari anak, melihat suspek membawa mangsa ke kawasan belakang kedai.

“Bagaimanapun, suspek dilihat segera menutup zip seluarnya dan beredar dari lokasi selepas menyedari kehadiran ibu mangsa,” katanya menurut Utusan Borneo.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek adalah jiran pengadu dan kerap melihat lelaki itu bermain dengan anaknya.

“Kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. – nasionalkini.my

20230509 075139

3 maut jet pejuang terhempas

IMG 20230509 WA0001

Hartalega tutup kilang Bestari Jaya