in

3 maut jet pejuang terhempas

20230509 075139
Serpihan pesawat MIG-21 milik Tentera Udara India yang terhempas di Rajashtan - Gambar oleh Agensi

NEW DELHI, 9 Mei – Tiga maut apabila sebuah pesawat MiG-21 milik Tentera Udara India terhempas di Rajasthan, hari ini.

Nahas itu berlaku berhampiran pangkalan tentera udara Suratgarh, dengan serpihan pesawat dilaporkan terjatuh menghempap sebuah rumah di kawasan Bahlol Nagar di daerah Hanumangarh, utara Rajasthan.

“Pesawat itu sedang menjalani latihan operasi rutin dari Stesen Tentera Udara di Suratgarh.

“Tidak lama kemudian, ia dilaporkan mengalami masalah. Juruterbang cuba mengawal pesawat mengikut prosedur sedia ada,” menurut tentera udara dalam satu kenyataan, dipetik dari Bernama.

Menurut kenyataan itu, usaha berkenaan gagal sebelum juruterbang menyelamatkan diri dari pesawat dan mengalami kecederaan ringan.

“Malangnya kemalangan itu menyebabkan tiga nyawa terkorban,” katanya.

Siasatan telah dilakukan bagi menyiasat punca kejadian itu.

India merancang untuk menamatkan keseluruhan aset MiG-21 yang usang menjelang 2025, menurut laporan media tempatan.

Pada Januari lalu, dua jet pejuang tentera udara – Sukhoi-30 dan Mirage 2000 – terhempas ketika misi latihan rutin berhampiran Gwalior di tengah India. – nasionalkini.my

20230508 225404

Harimau Muda balik awal

logo polis 2 1651832730

Polis buru warga asing cabul kanak-kanak