BAITULMAQDIS, 11 Ogos – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri untuk memecat 12 gabenor di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, semalam.
Memetik portal TimesofIsrael, antara yang terlibat di Semenanjung Gaza terdiri daripada Gabenor Gaza Utara, Gaza, Khan Yunis dan Rafah.
Kesemua mereka telah dihantar bersara mengikut dekri presiden.
Manakala, di Tebing Barat, beliau mengarahkan penyingkiran Gabenor Jenin, Nablus, Qalqilya, Tulkarem, Betlehem, Hebron, Tubas dan Yerikho.
Abbas pada masa sama tidak memberikan alasan kukuh berhubung pemecatan berkenaan sebaliknya mengeluarkan arahan presiden untuk menubuhkan jawatankuasa yang berhak memilih calon bagi jawatan gabenor berkenaan.dan mengesyorkan calon berkenaan kepada Presiden untuk keputusan muktamad.
Pemerhati bagaimanapun telah memberi amaran kepimpina berkenaan kemungkinan berdepan masalah kewangan teruk, selain berdepan kawalan keselamatan di kawasan tertentu. – Agensi