in

Orang pencen sasaran ‘scammers’

20230527 152930 scaled
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Seramai 22,000 pesara kerajaan menjadi mangsa scammer setakat ini, membabitkan kerugian sebanyak RM850 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Justeru, beliau berkata kerajaan amat berharap agar Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) meneruskan program khas untuk memberi dan meningkatkan kesedaran golongan pesara bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa pihak yang mengambil kesempatan itu.

“Kerjasama pelbagai pihak juga amat penting untuk menghasilkan penyelesaian yang mampan dan inklusif dalam menangani isu penipuan ini,” katanya.

IMG 20230108 185232
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan

Ahmad berkata demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian pembaharuan memorandum persefahaman dan pengenalan sistem integrasi antara Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA), KWAP dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di sini, semalam.

Mengenai integrasi sistem JPA, KWAP dan LPPSA, Ahmad berkata pesara tidak perlu bersusah hati memikirkan urusan pembayaran pembiayaan perumahan mereka menerusi potongan pencen kerana segala data diperlukan LPPSA telah tersedia dikemas kini dalam sistem itu.

Ahmad juga mengingatkan pesara supaya mengetahui komitmen kewangan yang bakal mereka hadapi setelah berpencen bagi merancang kewangan sebaiknya. – nasionalkini.my

Rohana Jalil ‘pergi’ lepas 2 bulan dirawat

Lantik OKU ejen kesihatan komuniti