in

Maritim Malaysia berkas 3 nelayan pukat tunda

IMG 20230514 WA0011
Bot pukat tunda bersama tiga nelayan tempatan ditahan oleh Maritim Malaysia Tanjung Manis, Sarawak, semalam - Gambar oleh Maritim Malaysia

Oleh Adnan Mohamad

KUCHING, 14 Mei – Sebuah bot dan tiga nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tanjung Manis akibat melakukan aktiviti menangkap ikan dengan pukat tunda yang tidak sah di Barat Laut Pantai Alit, Kabong, dekat sini, semalam.

Nelayan berusia antara 21 tahun hingga 59 tahun itu ditahan bersama bot berkenaan sebelum dibawa masuk ke Jeti Terminal Tanjung Manis pukul 1.38 tengah hari.

Pengarah Zon Maritim Malaysia Tanjung Manis, Komander Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, mereka ditahan selepas pihaknya menerima aduan kira-kira jam 9 pagi mengenai perbuatan nelayan terbabit menangkap ikan menggunakan peralatan tidak dibenarkan.

“Sebaik sahaja menerima aduan, kami terus memantau ke lokasi itu dan mendapati bot nelayan kelas A itu sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dengan peralatan pukat tunda,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana kesalahan menangkap ikan dengan peralatan tidak dibenarkan.

Dalam kejadian berasingan, Gilbert Tinggak berkata, Maritim Malaysia Tanjung Manis turut menahan sebuah kapal kargo di Tanjung Sedi, Daro pada 11.14 pagi semalam.

Lima kru warga asing dan seorang warga tempatan berumur 21 hingga 67 tahun turut ditahan kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Kes itu disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.- nasionalkini.my

FB IMG 1684041787826

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu

IMG 20230514 WA0012

5 intipati Resolusi Wanita Kerajaan Perpaduan.