in ,

Agihan bantuan banjir tidak adil, 150 penduduk buat laporan polis 

WhatsApp Image 2023 06 29 at 8.17.04 PM
Enam orang penduduk Bandar Baru Bukit Mentok yang mewakili 150 mangsa banjir yang mendakwatidak mendapat bantuan banjir membuat laporan polis di IPD Kemaman, Terengganu, pagi semalam. foto : Sinar Harian

Oleh : Adnan Mohamad

KEMAMAN, 29 Jun – Kira-kira 150 mangsa banjir di Bandar Baru Bukit Mentok dekat sini,  kecewa apabila mereka tidak mendapat bantuan banjir daripada kerajaan negeri serta Bantuan Wang Ihsan sebagaimana dijanjikan oleh pihak kerajaan.

Mereka adalah mangsa banjir pada Disember tahun lepas sepatutnya mendapat RM1,000 bagi setiap keluarga mangsa banjir tetapi terdapat beberapa penduduk kampung terbabit itu tidak tersenarai sebagai penerima berdaftar mangsa banjir.

Mangsa banjir mendakwa mereka tidak mendapat bantuan itu kerana nama mereka terkeluar daripada senarai penerima bantuan banjir.

Akibat merasa hampa terhadap tindakan pihak berkenaan dipercayai melakukan penyelewangan atau pilih kasih menguruskan bantuan banjir itu menyebabkan sekumpulan daripada mangsa banjir itu bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, di sini, pada pukul 11.30 pagi semalam.

Seorang mangsa banjir, Kamarul Azhar Nawi, 48, memberitahu, dia kesal tidak diberi penjelasan tentang kelewatan pemberian bantuan tersebut walaupun sudah menunggu hampir enam bulan lalu.

“Yang lebih menyedihkan, ada beberapa jiran saya nama mereka tersenarai sebagai penerima bantuan itu tetapi saya tidak tersenarai,” katanya.

Katanya tindakan membuat laporan polis itu  bagi membolehkan siasatan sewajarnya dilakukan selain jalan terakhir setelah gagal mendapat penjelasan daripada pihak bertanggungjawab.

Seorang mangsa banjir, Nor Mohamad Rizal Ibrahim, 38, berkata, ketika musim banjir akhir tahun lalu dia terpaksa menumpang di rumah jiran selepas kawasan rumahnya tenggelam air kerana Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah penuh.

“Apa yang menjadi masalah, ada dalam kalangan mangsa banjir yang tidak berpindah di PPS yang disediakan oleh pihak kerajaan mendapat bantuan banjir.

“Tetapi saya dan kawan-kawan lain yang juga mangsa banjir tiada tersenarai,” katanya – nasionalkini.my

Wan Saiful

Kerajaan Madani didakwa sekat media, langgar kebebasan bersuara

Maut ketika baiki bumbung