in

Filem Barbie kutip RM4.56 bilion

LOS ANGELES, 7 Ogos – Hanya dalam masa tiga minggu ditayangkan di layar perak, filem Barbie arahan sutradara wanita, Greta Gerwug sedia melepasi angka AS$1 bilion (RM4.56 bilion) dalam jualan tiket global, lapor akhbar New York Post semalam.

Kutipan tiket itu memecahkan rekod untuk seorang pengarah wanita yang sebelum ini dipegang oleh Patty Jenkins.

Filem arahan Jenkins,Wonder Woman mencatat kutipan tiket lebih AS$800 juta (RM3.6 juta).

Filem komedi anak patung Barbie yang diarahkan dan ditulis bersama oleh Gerwig menambah kutipan tiket sebanyak AS$53 juta (RM237 juta) lagi di 4,178 lokasi di Amerika Utara pada hujung minggu lalu, demikian menurut anggaran studio perfileman.

Barbie lakonan aktres Margot Robbie masih selesa menduduki tempat pertama selama tiga minggu berturut-turut.

Dalam sejarah ‘box-office’ moden, hanya 53 filem pernah menjana kutipan lebih AS$1 bilion.

Kutipan tiket Barbie juga telah melepasi filem Captain Marvel di Amerika Syarikat.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

https://www.nasionalkini.my/hiburan/dokumentari-jho-low-ditayangkan-di-as/

Menantu Muhyiddin antara dua dicari SPRM

Lokman sendphoto 1691404812 1691405572

Empat rentung kemalangan di Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE)