in ,

Empat rentung kemalangan di Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE)

Lokman sendphoto 1691404812 1691405572
Kereta dinaiki lima sekawan dari Lumut dalam perjalanan ke Ipoh, terbakar selepas terbabar di Kilometer 220 WCE. - Foto Bomba

MANJUNG, 7 Ogos – Empat individu rentung selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke parit sebelum terbakar di Kilometer 220 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah utara berhampiran susur keluar Tol Changkat Cermin, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.11 petang tadi mengenai nahas membabitkan kereta yang dinaiki lima sekawan.

“Empat mangsa rentung dalam nahas itu manakala seorang lagi penumpang cedera. Semua mangsa adalah lelaki tempatan. Berdasarkan maklumat awal yang diterima, mereka yang bekerja di Lumut dalam perjalanan ke Ipoh.

“Lokasi kejadian adalah kira-kira 2km dari susur keluar Tol Changkat Cermin Lebuhraya WCE,” katanya seperti dilaporkan BH hari ini. – nasionalkini.my

Filem Barbie kutip RM4.56 bilion

363334760 682548440573829 3362354889778174728 n

47 kematian akibat denggi tahun ini