in

Selena Gomez pernah sakit mental

Selena Gomez

PENYANYI juga pelakon Selena Gomez menarik perhatian peminat apabila berkongsi tentang isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan, baru-baru ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi platform peribadi Gomez – Wondermind, turut disertai Brooklyn Beckham dan isterinya, Nicola Peltz.

Ujar selebriti berusia 31 tahun itu, dia terpanggil untuk bercakap mengenai masalah kesihatan mental kerana pernah melalui fasa kemurungan dan depresi gara-gara membaca komen di media sosial.

“Isu kesihatan mental bukan hal yang boleh dipandang ringan. Hari ini, ramai mengalami masalah gangguan mental, namun kebanyakan mereka memilih untuk diam,” katanya, dipetik dari Agensi.

Kata Gomez, media sosial tidak sepatutnya menjadi punca seseorang mengalami depresi seperti dialaminya.

Gomez juga pernah menutup semua media sosial miliknya bagi menenangkan fikiran. – nasionalkini.my

Jangan guna isu agama sebagai polemik, perbalahan politik

IMG 20230605 WA0005

5 cedera nahas bas, lori ais