in ,

Wanita UMNO dan PH Kelantan susun strategi mahu rampas Kelantan

susun strategi
Ketua Wanita UMNO Kelantan, Norwahida Patuan bersama Wanita UMNO dan Wanita PH Kelantan dalam Majlis Iftar yang berlangsung meriah di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, 19 April – Wanita UMNO dan Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan berhasrat  menuntut kerusi bagi membolehkan kedua-dua parti itu meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi.

Ketua Wanita UMNO Kelantan, Norwahida Patuan berkata, pihaknya menyasarkan nisbah 3:3 atau 6:6 daripada 45 kerusi yang ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kami juga sudah bersedia duduk semeja membentuk strategi dalam mengambil semula kelantan pada PRN ini,” katanya seperti dipetik Sinar Harian, hari ini.

wahida
WANITA UMNO Kelantan menyasarkan nisbah 3:3 atau 6:6 daripada 45 kerusi yang ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)

Mengulas lanjut, Norwahida menjelaskan walaupun mengakui Muslimat PAS Kelantan adalah kumpulan kukuh dan kuat di negeri ini namun tidak memberi halangan kepada Wanita UMNO dan PH Kelantan untuk merampas kedudukan berkenaan.

Malah beliau juga berkata beberapa isu penting di negeri ini termasuk masalah air dan agama akan menjadi perkara utama dalam perbincangan berkenaan.

“Kita tidak nafikan bahawa isu air mungkin sudah tepu untuk rakyat Kelantan tetapi masih ramai yang berharap ada perubahan dalam pemerintahan di negeri ini,” katanya.

Tegas Norwahida, pihaknya tidak pernah berputus asa untuk memenangi hati rakyat Kelantan.

“Kemenangan Kelantan disebabkan pengundi dari luar negeri ini. Mereka pulang mengundi tetapi kemudian kembali ke tempat bekerja tanpa mengetahui masalah rakyat yang ada di sini,” katanya.

Terdahulu, Norwahida bersama Wanita UMNO dan Wanita PH hadir ke Majlis Iftar Wanita Kerajaan Perpaduan yang berlangsung meriah di Kota Bharu.

Hadir sama, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim dan Ketua Wanita PKR Kelantan, Nor Azmiza Mamat. – nasionalkini.my

sudan clashes

Rakyat Malaysia berlindung di Kompleks Petronas  Khartoum berjaya dipindahkan

WhatsApp Image 2023 04 19 at 09.39.26

Suami sendiri tangkap isteri sembunyi kekasihnya dibawah katil