in

Kerajaan campuran di Thailand

20230516 073642
Pemimpin Move Forward, Pita Limjareonrat (depan) bersama penyokong parti itu mendakwa mereka mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk menubuhkan kerajaan campuran di Thailand - Gambar oleh AFP

BANGKOK, 16 Mei – Parti Move Forward Thailand mengumumkan bahawa pihaknya mempunyai undi mencukupi untuk membentuk kerajaan campuran.

Bagaimanapun, Senat Thailand yang anggotanya dilantik oleh junta tentera perlu memberi kelulusan kepada calon pilihan perdana menteri mana-mana gabungan yang membentuk majoriti, dipetik dari Reuters.

Ini mungkin menjadi penghalang kepada Parti Move Forward kerana lantang menentang undang-undang menghina Raja dan pemimpinnya, Pita Limjareonrat, 42, yang dituduh melanggar undang-undang berkenaan.

Kemenangan besar Pita dan Parti Move Forward dalam pilihan raya umum (PRU) semalam meletakkannya mendahului semua parti lain, diikuti parti Pheu Thai.

Kemenangan kedua-dua parti pembangkang itu mungkin membuka jalan bagi menamatkan hampir 10 tahun kerajaan disokong tentera yang dipimpin oleh bekas ketua tentera, Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha.

Bagaimanapun, partinya, United Thai Nation (UTN), hanya menang sebilangan kecil kerusi.

Sebarang parti gabungan perlu mengumpulkan majoriti sekurang-kurangnya 376 kerusi, namun agak sukar baginya mendapatkan restu Dewan Senat, yang rata-rata 250 anggotanya dilantik oleh junta tentera.

Pita mencadangkan pakatan enam parti yang akan menguasai 309 daripada 500 kerusi Dewan Perwakilan, dengan beliau akan memimpin dan dilantik sebagai perdana menteri.

Namun, jumlah itu masih kurang daripada 376 kerusi yang diperlukan untuk memastikan dia dipilih untuk jawatan tertinggi terutama dengan anggota Senat yang mempunyai rekod kukuh menyokong parti konservatif iaitu pasri disokong tentera.

Ditanya mengenai pendirian Dewan Senat, beliau berkata semua pihak mesti menghormati keputusan pilihan raya dan tiada guna untuk menentangnya.

“Saya bersedia menjadi perdana menteri Thailand yang ke-30,” kata Pita yang memaklumkan partinya dan lima bakal rakan gabungannya, termasuk Pheu Thai, akan memperoleh 309 kerusi dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai keseluruhan 500 kerusi.

Bagaimanapun, untuk menjadi perdana menteri, beliau perlu menguasai majoriti dalam kedua-dua Dewan berkenaan yang merangkumi 250 ahli Senat dilantik oleh tentera dan 500 ahli Parlimen. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 15 at 9.54.52 PM

Shasha Abedul mahu jadi wanita dewasa

20230503 002337

4 ditahan kemuka tuntutan palsu