in

Polis rampas motosikal dalam Op Samseng Jalanan

2305226
Dua lelaki ditahan bersama motosikal yang dirampas dalam Ops Samseng Jalanan di Kota Masai, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU, 13 Ogos – Dua lelaki ditahan polis selain merampas sebuah motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Kota Masai, di sini, semalam

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, kedua-dua suspek ditahan atas kesalahan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam telah menjalankan Op Samseng Jalanan di lokasi Jalan Jambu 6, Kota Masai, pada Sabtu.

“Secara keseluruhannya, op ini bertujuan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan dan kesalahan-kesalahan lalulintas yang kerap dilakukan oleh orang awam.

“Hasil pemeriksaan terhadap 54 kenderaan dan 73 individu, sebanyak 23 keping saman polis (Pol 257) telah dikeluarkan oleh pihak BSPT IPD Seri Alam atas pelbagai kesalahan lalulintas selain turut menahan dua lelaki dan merampas sebuah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – nasionalkini.my

Iraq tarik balik sekatan Telegram

Idris Jusoh minta Zahid undur