in

Ribuan ikan mati akibat kurang oksigen

IMG 20230707 075209 800 x 500 pixel
Cuaca panas melampau dipercayai akibat El-Nino menjadi punca penemuan bangkai ikan di Sungai El-Aziz di Maysan, selatan Iraq - Gambar oleh Agensi

ISTANBUL, 7 Julai – Beribu-ribu ikan mati akibat kekurangan oksigen setelah paras air turun secara drastik di Sungai El-Aziz di Maysan, selatan Iraq, berhampiran sempadan Iran.

Industri perikanan tempatan yang menjadi sumber pendapatan penting bagi penduduk kawasan itu, terjejas teruk akibat peningkatan suhu dan paras air yang semakin berkurangan.

Penduduk tempatan telah melaporkan kebimbangan mereka kepada pihak berkuasa, menurut Agensi Anadolu.

Kerajaan Iraq telah melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.– nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230706 104146 800 x 500 pixel

Bekas pemain bola sepak suspek kes pecah rumah

IMG 20230707 084803 800 x 500 pixel

Industri halal Malaysia terbaik di dunia