in

Piala Dunia Wanita milik Sepanyol

Gambar oleh AFP

SYDNEY, 20 Ogos – Sepanyol muncul juara Piala Dunia Wanita buat pertama kali selepas menewaskan England 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Australia, Sydney, hari ini.

Kapten, Olga Carmona meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-29 selepas England hilang penguasaan bola di bahagian tengah dan Sepanyol menggunakan kesempatan itu dengan melakukan serangan balas pantas dalam pertembungan itu.

Sepanyol kemudian berpeluang untuk mengukuhkan kedudukan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas sejam permainan susulan bola terkena tangan pemain tengah, Keira Walsh, lapor Reuters.

Bagaimanapun, penjaga gol Mary Earps menyelamatkan sepakan penalti yang diambil Jennifer Hermoso untuk menyekat pemain itu daripada menggandakan kelebihan buat Sepanyol.

Jurulatih England, Sarina Wiegman membuat beberapa pertukaran, termasuk membawa masuk penyerang Lauren James, namun tetap gagal menemui gol penyamaan ketika Sepanyol berusaha untuk memenangi kejuaraan utama pertama mereka.- nasionalkini.my

jaw prison

500 banduan Bahrain lancar mogok lapar

SPR Pahang terima notis kerusi DUN Pelangai kosong