in

Pharmaniaga hanya untung RM2.65 juta pada suku pertama

IMG 20230519 WA0002
Pendapatan Pharmaniaga pada suku pertama 2022 susut 8.5 peratus kepada RM880.45 juta daripada RM962.17 juta sebelum ini

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Pharmaniaga Bhd. yang tergelincir kepada status Nota Amalan 17 (PN17) pada Februari lalu hanya merekodkan untung bersih sebanyak RM2.65 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023.

Keuntungan itu merosot dengan ketara daripada RM27.73 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, pendapatan syarikat farmasautikel itu juga susut 8.5 peratus kepada RM880.45 juta daripada RM962.17 juta sebelum ini.

Penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan permintaan pelanggan yang rendah dalam segmen konsesi dan Indonesia.

Menurut Pharmaniaga, klasifikasi semula kepada status PN17 dan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas baru-baru ini dijangka memberi cabaran kepada kumpulan.

“Bagaimanapun, kami tidak putus asa dan yakin bahawa pelan penyusunan semula akan meningkatkan ekuiti dan mudah tunai pemegang saham kami melalui pengurusan hutang berhemat dan peruntukan modal yang strategik,” katanya.

Jelasnya, langkah penyusunan semula kumpulan akan menjadi transformatif dan dapat mengukuhkan kewangannya.

“Oleh itu, kami dijangka dapat menyelesaikan pelaksanaan pelan penyusunan semula pada suku pertama 2024,” katanya.

Secara keseluruhan, Pharmaniaga kekal dengan komitmennya untuk memenuhi kewajipannya kepada Kementerian Kesihatan dan terus berunding mengenai logistik dan perjanjian konsesi pengagihan.

Katanya, ia dijangka dimuktamadkan pada akhir tempoh interim pada 30 Jun 2023.

Kumpulan juga berkata, Indonesia kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama dengan jualan ubat-ubatan bernilai kira-kira AS$7.6 bilion pada 2020 dan dijangka meningkat kepada AS$12.12 bilion menjelang 2025 berdasarkan Fitch Ratings. – nasionalkini.my

IMG 20230108 185232

Jangan gagal macam Muafakat Nasional

20230519 091701

Nazri jumpa Biden, serah watikah lantikan duta AS