in

Campur tangan BNM bantu tingkat nilai ringgit

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Nilai ringgit terus mencatatkan peningkatan dan dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi urus niaga Isnin.

Seorang penganalisis berkata mata wang tempatan dilihat stabil berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM).

Pada 9 pagi, unit tempatan menambah nilai kepada 4.6615/6650 berbanding dolar AS daripada 4.6635/6705 pada penutup Jumaat lalu.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengumuman Jawatankuasa Pasaran Kewangan BNM tepat pada masanya memandangkan pasaran mata wang telah terjejas oleh jangkaan kenaikan kadar faedah selanjutnya di AS dan ekonomi utama lain di Eropah.

Menurutnya tumpuan minggu ini adalah pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada 6 Julai yang mana beliau percaya Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan dikekalkan pada 3.00 peratus.

“Selain itu, Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) AS juga akan menjadi sorotan utama minggu ini dengan NFP dijangka turun kepada 200,000 pada Jun selepas meningkat sebanyak 339,000 pada bulan sebelumnya.

“Justeru, ringgit boleh stabil sekitar RM4.65 hingga RM4.66 hari ini,” katanya kepada Bernama. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

FELDA bantu keluarga mangsa tragedi kepala air

UMT anjur program bina model kapal