in

Ringgit kembali kukuh

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ringgit mengakhiri minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS pada Jumaat selepas China terus menetapkan pendirian untuk campur tangan susulan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ekonominya, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6465/6510 berbanding dolar AS daripada 4.6535/6550 pada Khamis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, mata wang tempatan dan mata wang serantau mendapat sokongan apabila People’s Bank of China (PBOC) mengumumkan pelan untuk melaksanakan langkah-langkah dasar bagi menghentikan kejatuhan nilai yuan yang pesat.

“Pengumuman oleh PBOC memberi sedikit kelegaan kepada mata wang serantau,” katanya.- nasionalkini.my

WHO pantau varian baharu COVID-19

PM sementara Pakistan lantik 18 menteri Kabinet