in

PKR Indera Mahkota anjur majlis buka puasa

IMG 20240331 013842 800 x 500 pixel
Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 30 Mac – PKR Cabang Indera Mahkota mengadakan majlis berbuka puasa petang semalam.

Majlis itu dihadiri Ketua Cabang, Zuraidi Ismail dan ADUN Semambu, CK Chan.

Tazkirah ringkas Ramadan turut diadakan sebelum berbuka yang disampaikan oleh ustaz Nik Azam.

Zuraidi dalam perkongsian di Facebook merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan.

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

“Alhamdulillah, majlis dihadiri YB ADUN Semambu, AJK Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Indera Mahkota.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua atas kehadiran, sokongan dan sumbangan,” katanya.

Dia turut mengucapkan terima kasih juga kepada semua pihak yang menolong membuat persediaan untuk memastikan majlis berjalan dengan baik.– nasionalkini.my

IMG 20240331 005209 800 x 500 pixel

47 asnaf kariah Jengka 1 terima sumbangan

IMG 20240331 165130 800 x 500 pixel

Kerajaan Madani dibina melalui komplot tersembunyi?