KUALA LUMPUR, 1 Julai – Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi apabila menerima Anugerah Labaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan disediakan oleh Pejabat Urusan Haji.
Penghargaan berkenaan disampaikan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Hj Mokhtar dalam satu majlis kesyukuran yang dihadiri oleh pelbagai negara di Makkah semalam.

Inilah yang sentiasa saya mahukan kepada pihak pengurusan TH untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah Haji Malaysia ,” katanya melalui Facebook malam ini.
Dr Mohd Na’im berkata pencapaian tersebut adalah sesuatu yang amat membanggakan, setinggi penghargaan dan terima kasih kepada jemaah haji Malaysia yang sentiasa memberikan kepercayaan penuh kepada TH.
Ia satu amanah besar kepada kami.Tahniah buat pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja TH,” katanya lagi. – nasionalkini.my


