in

Ronaldo angkat piala pertama bersama Al-Nassr

TA’IF, 13 Ogos – Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika Al-Nassr menewaskan Al-Hilal 2-1 pada aksi final Piala Juara-Juara Kelab Arab awal pagi tadi.

Kemenangan di Stadium Raja Fahd itu memberikan Ronaldo trofi pertamanya bersama Al-Nassr selepas berpindah dari Manchester United, lapor Agensi.

Al-Nassr ketinggalan apabila pemain tengah Brazil, Michael membuka jaringan enam minit selepas rehat.

Dia meraikan gol dengan mengajuk gaya ‘Siu’ Ronaldo.

Namun pemenang lima kali Ballon d’Or itu membalasnya dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-74 bagi mengheret permainan ke masa tambahan.

Legenda Real Madrid itu kemudian meledak gol kemenangan Al-Nassr menerusi tandukan minit ke-98 – ketika pasukannya kehilangan dua pemain selepas Abdulelah Al-Amri dan Nawaf Boushal dilayangkan kad merah.- nasionalkini.my

Debaran Klopp berdepan Chelsea

negeri sembilan cuti peristiwa 1 740x385 1

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok