in

Ronaldo pemain terburuk Euro 2024

IMG 20240715 004831 800 x 500 pixel
Gambar oleh Agensi

LONDON, 15 Julai – Kapten Portugal Cristiano Ronaldo tersenarai dalam barisan kesebelasan terburuk Euro 2024 oleh akhbar Sepanyol, Marca.

Pemain veteran berusia 39 tahun itu gagal menjaringkan sebarang gol dan pasukannya tersingkir daripada kejohanan selepas tewas penentuan penalti 3-5 di tangan Perancis pada suku akhir.

Ronaldo menjadi hanya satu-satunya pemain Portugal dinamakan Marca dalam skuad terburuk itu.

Pemain Arsenal dan Liverpool Oleksandr Zinchenko dan Dominik Szoboszlai turut tersenarai dalam barisan kesebelasan terburuk itu.

Barisan kesebelasan terburuk Euro 2024: Livakovic (Croatia), Di Lorenzo (Itali), Mancini (Itali), Christensen (Denmark), Zinchenko (Ukraine), McGinn (Scotland), Milinkovic-Savic (Serbia), Szoboszlai (Hungary), Vlahovic (Serbia), Lukaku (Belgium), dan Ronaldo (Portugal). – nasionalkini.my

IMG 20240715 003554 800 x 500 pixel

AMK, Pemuda UMNO tiada masalah

IMG 20240715 082645 800 x 500 pixel

PERDIM kumpul dana demi program CSR