in

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok

negeri sembilan cuti peristiwa 1 740x385 1
Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN, 13 Ogos – Negeri Sembilan mengumumkan cuti peristiwa bagi negeri itu esok selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN), semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada sidang media meraikan kemenangan calon-calon mewakili dua gabungan itu yang berjaya memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga.

“Saya nak umumkan bahawa hari Isnin adalah cuti peristiwa bagi Negeri Sembilan. Saya harap kita berehat sehari dua, selepas itu kita buat kerja dan pastikan kita bantu rakyat Negeri Sembilan ini,” katanya seperti dilaporkan BH hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan, berkata kemenangan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama BN adalah kenangan indah kerana sebelum ini, dua gabungan itu saling bersaing.

“Kita juga tidak pernah terfikir akan bekerja sebagai satu pasukan dan kita rasa kemenangan ini juga sebagai satu pasukan. Inilah kemenangan yang kita harapkan.

“Saya yakin bahawa selepas ini masyarakat di luar sana akan melihat ini adalah pasukan terbaik yang pastinya akan membawa banyak kebaikan kepada rakyat Negeri Sembilan,” katanya. – nasionalkini.my

Ronaldo angkat piala pertama bersama Al-Nassr

Kon Yew selesai angkat sumpah, kekal KM Pulau Pinang