in

England belasah Macedonia Utara

IMG 20230620 090713 800 x 500 pixel
Pemain England, Marcus Rashford (kiri) menyumbat gol ketiga pasukannya melepasi penjaga gol Macedonia Utara, Stole Dimitrievski pada kelayakan Euro 2024 di Old Trafford, Manchester awal pagi tadi - Gambar oleh Reuters

MANCHESTER, 20 Jun – Bukayo Saka meledak hatrik ketika England meneruskan rentak cemerlang pada kelayakan Euro 2024 apabila membenam Macedonia Utara 7-0 di Old Trafford awal pagi tadi.

Saka mengukuhkan kedudukannya dalam pasukan kendalian Gareth Southgate sejak menyinar pada Piala Dunia dan kini mencatat tujuh gol dalam lapan perlawanan antarabangsa terakhirnya sekali gus melengkapkan musim cemerlang bagi pemain sayap Arsenal itu.

Harry Kane turut menyumbang dua gol, satu daripadanya menerusi sepakan penalti manakala Marcus Rashford dan Kalvin Phillips masing-masing satu gol ketika Three Lions mengekalkan rekod 100 peratus pada pusingan kelayakan selepas empat perlawanan.

Harry Kane turut menyumbang dua gol dalam aksi awal pagi tadi – Gambar oleh AFP

“Ini satu perasaan yang saya tidak boleh luahkan dengan kata-kata. Saya hanya terlalu gembira,” kata Saka.

“Kami mempamerkan satu persembahan yang amat istimewa di luar sana. Mereka langsung tidak dapat menangani asakan kami.”

England melonjak enam mata di depan Ukraine di tangga teratas Kumpulan C dan sembilan mata berbanding Itali, yang beraksi kurang dua perlawanan, dengan dua pasukan teratas layak.

Alexander-Arnold membolehkan Saka mencetak gol kedua England dengan rembatan padu kaki kanan dari sudut sukar pada minit ke-38.

Bukayo Saka meraikan gol kelima pasukannya dan hatrik peribadinya ketika membenam Macedonia Utara 7-0 pada kelayakan Euro 2024 di Old Trafford, Manchester awal pagi tadi – Gambar oleh Reuters

Southgate menuruti tindakan bos Liverpool, Jurgen Klopp dengan menugaskan Alexander-Arnold di bahagian tengah berbanding posisi asalnya pertahanan kanan.

Dengan menyarung jersi nombor 10, Alexander-Arnold memperagakan visi menariknya menerusi umpanan mengagumkan melepasi benteng pertahanan Macedonia dan singgah di kaki Saka, yang meledak masuk ke penjuru gol dua minit selepas rehat.

Saka kemudian melengkapkan hatrik sulung sepanjang kariernya apabila menyambut hantaran cantik Kane yang memperdaya benteng pelawat pada minit ke-51. – nasionalkini.my

IMG 20230620 085229 800 x 500 pixel

Kapal selam bawa pelancong hilang

IMG 20230620 092244 800 x 500 pixel

Wanita maut dihempap bumbung sekolah