in

‘Lautan Biru’ aksi final Piala FA

Kelab penyokong Boys of Straits mahu memastikan ‘lautan biru’ mewarnai segenap ruang di Stadium Sultan Ibrahim sempena aksi final Piala FA 2023 - Gambar oleh Boys Of Straits

JOHOR BAHRU, 20 Julai – Kelab penyokong Boys of Straits (BOS) mahu memastikan ‘lautan biru’ mewarnai segenap ruang di Stadium Sultan Ibrahim sempena aksi final Piala FA 2023 yang menemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Sabtu ini.

Menurut jurucakap BOS, Farween Johar, 35, usaha mewujudkan ‘gelombang biru’ itu secara keseluruhannya bertujuan mewujudkan sedikit kelainan pada aksi final berkenaan terutamaya melibatkan penyokong-penyokong skuad Harimau Selatan itu.

“Untuk final kali ni kami cuba lari daripada warna hitam yang selalu kami pakai… kami nak ‘birukan’ SSI (Stadium Sultan Ibrahim), Sabtu ni. Biar ada ‘lautan biru’.

“Lagipun bagi kami, final kali ni memang satu sejarah kerana buat kali pertama SSI dipilih sebelum ni semua final mesti kat Bukit Jalil (Stadium Nasional).

“Insya-ALLAH, kita akan sama-sama tengok ‘gelombang biru’ di SSI sebab untuk BOS sahaja ada 3,500 dan kalau kira penyokong lain, rasanya tak lari dalam 20,000,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengasuh bunuh bayi kena dakwa

Fokus final Piala FA, lupa masalah prestasi semasa