Oleh Rayyan Rifqi
KUANTAN, 16 Julai – Kira-kira 100 pengurus media sosial professional di kalangan peserta industri pelancongan di Pahang dapat dihasilkan menerusi kerjasama Tourism Pahang dan Volt On Sdn. Bhd. dengan pelaksanaan Tourism Pahang Millennial Media Training 2023.
Menerusi kerjasama itu, Volt On menerusi cabang latihan korporatnya, Millennial Media Hub,akan menyediakan strategi dan latihan menguruskan aset media sosial peserta industri secara professional supaya promosi pelancongan Pahang dapat digerakkan secara strategik.
Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man berkata, data kedatangan pelancong ke Pahang 2022 jelas menunjukkan pelancong Domestik
kekal menjadi penyumbang terbesar sebanyak 9,712,868 juta orang.
“Manakala, data Tinjauan Pelancongan Domestik 2021 turut menunjukkan, majoriti pelancong domestik ke Pahang ini adalah mereka berusia 25 hingga 39 tahun iaitu golongan aktif pengguna Media Sosial.
“Justeru, selari dengan sasaran Kerajaan Negeri untuk menarik 13 juta pelancong tahun ini, maka wajarlah kita mulakan usaha memperkasakan promosi platform media sosial dikalangan peserta pelancongan di negeri ini.
“Usaha menggerakkan peserta industri pelancongan secara strategik ini juga mampu memastikan promosi produk pelancongan Pahang dapat diperluaskan kepada pengguna Media Sosial di luar negara,” katanya,
Tourism Pahang Millennial Media Training 2023 menawarkan empat sesi kursus latihan dengan setiap sesi selama tiga hari memfokuskan kumpulan industri Pelancongan Tanah Tinggi; Kembara dan Semulajadi; serta Pantai dan Pulau.
Bertemakan, Sinergi Media Sosial Perkasa Pelancongan Pahang, kursus HRDCorp
Claimable Courses itu kini dibuka untuk pendaftaran kepada komuniti industri pelancongan daripada pelbagai latar belakang termasuk pengurusan hotel, perkhidmatan pelancongan dan restoran.
Peserta akan didedahkan dengan strategi pemasaran pelancongan berlandaskan data bagi mewujudkan kerjasama melonjakan penghasilan kandungan berimpak di media sosial untuk menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tourism Pahang Millennial Media Training 2023 dan
kursus yang ditawarkan di bawah Millennial Media sila layari www.volton.my atau hubungi pasukan Millennial Media Hub di email [email protected]. – nasionalkini.my