in ,

Rokok, minuman keras bernilai lebih RM700,000 dirampas

Kch 131022 jad CPelectmonsoon P1
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri

KUCHING, 16 Julai – Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai jenis rokok serta minuman keras bernilai RM709,651.58 yang dipercayai tidak bercukai, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Miri-Bintulu, Jumaat lalu.

Dalam serbuan itu juga, PGA juga berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kejayaan itu hasil risikan pegawai dan anggota dari Unit Risikan, Batalion 12 PGA yang berpangkalan di Miri melaksanakan Op Taring Alpha.

“Dalam serbuan itu, polis merampas rokok putih pelbagai jenis iaitu 2,349 karton dianggarkan bernilai RM704,700 dan minuman keras pelbagai jenis bernilai RM4,951.58.

“Kesemua barang rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – nasionalkini.my

116452241 625278724768566 9119679600872009109 n

Keistimewaan Dearland Park, bukan taman rusa semata-mata

327102720 556300246413246 4024816384876208797 n

Tourism Pahang Millennial Media Training 2023, platform promosi Pahang destinasi pelancongan