in

Ambil tindakan terhadap menteri halang tugas penjawat awam

Ronald Kiandee Senate of Poland scaled
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Tindakan tegas perlu diambil tindakan terhadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa menghalang tugas penjawat awam ekoran insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, tindakan menteri berkenaan melanggar Seksyen 56(1)(g) Akta Imigresen iaitu menghalang sama ada secara aktif atau pasif terhadap mana-mana pegawai imigresen yang sedang menjalankan tugasnya meskipun mempunyai pas khas memasuki Terminal 1 KLIA.

“Tindakan tersebut secara sah adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang seorang penjawat awam melaksanakan tugas.

“Saya ingin menegaskan bahawa dalam apa jua keadaan, pegawai awam perlu dibenarkan menjalankan tugas sah mereka tanpa gangguan dan tekanan daripada mana-mana orang, apatah lagi jika membabitkan hal ehwal keselamatan dan kedaulatan negara. Insiden seperti ini tidak akan berlaku sekiranya kita menghormati tugas penjawat awam.

“Amaran tegas perlu diberikan kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang dan mengganggu tugas pihak berkuasa. Penjawat awam hanya menjalankan tugas mereka mengikut bidang tugas dan fungsi mereka. Tidak wajar mereka dihalang atau dikasari dalam apa jua keadaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa KLIA bagi mendesak Jabatan Imigresen membebaskan seorang pelawat dari China sehingga tular dalam media sosial. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Agong zahir takziah kepada keluarga jemaah meninggal dunia

209250 209230822429793 4638515 o

Tiket masuk percuma ke Pusat Sains Negara, Planetarium Negara