in ,

Tiga cedera bas persiaran terbalik

240923 basTerbalik
ANGGOTA Bomba membantu mangsa dari sebuah bas persiaran yang terbabas dan terbalik dalam kemalangan di Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson pagi tadi. Gambar Ihsan Bomba

PORT DICKSON 23 Sept. – Sebuah bas persiaran yang membawa 20 penumpang terbalik di bahu Jalan di Kampung Baru Di Rusa di sini pagi hari ini.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba Port Dickson, PBK II Mohd. Khalid Dollah, bas itu dipercayai hilang kawalan hingga terbalik di bahu jalan berhampiran Kampung Baru Si Rusa.

“Pihak Bomba dan Penyelamat Port Dickson menerima panggilan kecemasan pada jam 10 pagi dan sampai di lokasi kejadian lapan minit kemudian.”

“Seramai 20 penumpang yang terdiri daripada lapan lelaki dan 12 wanita dewasa berada dalam bas yang terbalik berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan  pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

“Bas ini membawa 20 penumpang termasuk pemandu dalam perjalanan dari tempat penginapan di Hotel Avillion Port Dickson menuju ke pantai Teluk Kemang.

“Seramai tiga orang mangsa mengalami kecederaan ringan, seorang lelaki yang juga pemandu bas itu dan dua penumpang wanita dewasa cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kemalangan itu namun tiada kecederaan serius dilaporkan. -nasionalkini.my

Pertembungan 3 penjuru di PRK DUN Pelangai

240923 jambatanGuai2

Agong rasmi Jambatan Guai, Bera, Pahang