in

Pertembungan 3 penjuru di PRK DUN Pelangai

BENTONG 23 Sept. – Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon bebas.

Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam dicabar calon PN, Kasim Samat dan calon bebas Haslihelmy Dm Zulhasli.

Pengumuman calon layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK N36, Datuk Mohamed Shahid Ismail pada jam 10:16 pagi.

Amizar menyerah borang pencalonan pada jam 9:01 pagi.

Diikuti calon PN pada jam 9:02 pagi dan dan calon bebas Haslihelmy Dm Zulhasli pada 9:08 pagi.

Hari Pengundian PRK DUN Pelangai ditetapkan pada 7 Oktober depan.

PRK DUN Pelangai diadakan setelah penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Johari Harun terkorban dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, Allahyarham memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi dalam pertandingan empat penjuru.

DUN Pelangai mempunyai 16,456 pengundi termasuk 36 pengundi awal serta tiga pengundi tidak hadir luar negara. – nasionalkini.myPILIHAN Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara Amizar Abu Adam (kiri), Kasim Samat (tengah) dan Haslihelmy DM Zulhasli (kanan).

45094203 5226 4b63 a273 520164fc9e53

Najin dan Fatu dua badak sumbu putih Utara betina terakhir di dunia

240923 basTerbalik

Tiga cedera bas persiaran terbalik