in

Agong rasmi Jambatan Guai, Bera, Pahang

240923 jambatanGuai2
Gambar Ihsan FB Istana Negara

BERA 23 Sept. -Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Musfara Billah Shah hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di sini.

Keberangkatan baginda diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada pukul 11.00 pagi disambut olehTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Menteri Besar Pahang,Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad dan Ahli Parlimen Bera, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.

Selain merasmikan jambatan itu, baginda turut berkenan memasyhurkan jambatan merentangi Sungai Pahang sepanjang 770 meter dengan jalan tuju 799 meter itu dengan nama Jambatan Al-Sultan Abdullah.

Baginda menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terbabit dalam pembinaan Jambatan Guai dengan harapan agar ia bukan sahaja menjadi penghubung dua tebing perairan atau pengukuh silaturahim, namun juga sebagai pemangkin kemajuan ke kawasan yang dihubungkan.

Al-Sultan Abdullah bertitah, jambatan itu juga adalah simbol dan mercu tanda yang menjadi bukti penghubung antara baginda dengan rakyat, istana dan masyarakat, kerana raja itu tempatnya rakyat menumpang teduh.

” Besar harapan agar pembinaan jambatan baru Temerloh yang sedang berjalan dapat disiapkan secepat mungkin bagi mengatasi kesibukan Jambatan Sultan Ahmad Shah,” titah baginda. -nasionalkini.my

240923 basTerbalik

Tiga cedera bas persiaran terbalik

IMG 1234

Bas terbakar ketika pemandu berhenti makan