in ,

Simulasi haji buat si cilik

WhatsApp Image 2023 07 11 at 2.57.14 PM
Antara peserta Program Simulasi Haji Cilik di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan

KUANTAN, 11 Julai – Perasaan teruja dan bersemangat jelas tergambar dalam kalangan kanak-kanak cilik yang menyertai Program Simulasi Haji Cilik di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Penyelaras program, Nor Akmar Zainal Abidin berkata, program simulasi haji yang berlangsung seawal pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari itu bertujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai rukun Islam kelima.

Katanya, semua peserta hadir ke program tersebut dengan berpakaian ihram berwarna putih yang lengkap dengan tag nama.

WhatsApp Image 2023 07 11 at 2.52.13 PM
Antara peserta Program Simulasi Haji Cilik di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan

“Objektif utama program untuk memberikan pengalaman berharga kaedah praktikal mengenaji ibadah Haji kepada anak-anak. Program ini melibatkan jumlah keseluruhan seramai 158 orang kanak-kanak,” katanya ketika ditemui Nasional Kini hari ini.

Beliau berkata, peserta adalah dari Tadika Seri Iman Intelek, Tadika Lestari Perdana, Tunas Saintis, Tadika Adwa Bestari dan Tadika Karisma Bestari.

“Pada program itu, mereka dibimbing melaksanakan rukun haji antaranya wukuf, sai’e, melontar jamrah, tahallul dan tawaf mengelilingi replika Kaabah dengan dipantau oleh Mutawwif group Travel & Tours,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 10 at 6.45.15 PM

LA Lighting, kedai lampu pilihan pertama

IMG 20230711 WA0036

Penduduk rayu selesai isu tekanan air rendah