KUANTAN, 29 Mac – Sepanjang hujung minggu lalu, ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus meluangkan masa menziarah tiga kediaman penduduk yang diuji musibah kematian ahli keluarga mereka.
Antara yang diziarahi Mohd Yazid ialah kediaman Allahyarham Kaha @ Faizal Bin Ahmad di Blok 17 FELDA berkenaan.

Seterusnya, dia sempat menziarahi keluarga Rashid Abdul Rahman di Blok 3 FELDA Lepar Hilir 1 dan rumah terakhir sempat disantuni Mohd Yazid adalah kediaman Allahyarham Azman Yusof di Taman Saujana, FELDA Lepar Hilir 4, dekat sini.
“Sesungguhnya ujian kematian itu sangat menguji ketabahan kita, apatah lagi di bulan Ramadan penuh keberkatan ini,” katanya.

Mohd Yazid kemudiannya menghadiri majlis Iftar Perdana di Surau Jabal Al Nur, Taman Mahkota Perdana, dekat Batu 12, Jalan Kuantan-Gambang, petang semalam.
Selepas itu, dia bergegas pula ke Surau Saidina Umar Ibni Al Khatab, dekat Taman Seri Ku bagi menunaikan solat sunat tarawih bersama penduduk di situ.– nasionalkini.my