in

UMPSA Bridge Run tarik perhatian 2,000 peserta

Kira-kira 2,000 peserta mengambil bahagian dalam UMPSA Bridge Run 2023

PEKAN, 2 September – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan melakukan pelepasan peserta Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Bridge Run 2023, di Jambatan Sultan Abu Bakar, dekat sini, hari ini.

Seramai 2,000 peserta mengambil bahagian dalam acara bersempena penjenamaan semula universiti itu dan sambutan 21 tahun kewujudan UMPSA di negeri ini.

Tengku Hassanal kemudiannya turut menyertai acara larian itu bersama peserta lain.

Tengku Hassanal turut menyertai UMPSA Bridge Run 2023

Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin dalam satu kenyataan media berkata, acara larian berkenaan adalah untuk mempromosikan bandar Pekan yang sangat dikenali dengan gelaran Bandar Diraja.

“UMPSA Bridge Run 2023 dibahagikan kepada dua kategori dan laluan bermula dari ruang letak kereta Hotel Ancasa.

“Peserta akan mengikuti laluan ditetapkan dengan merentasi Sungai Pahang menggunakan Jambatan Sultan Abu Bakar dan memasuki kawasan bandar Pekan melalui kawasan perkampungan tradisional,” katanya.

Acara larian itu disertai pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan penduduk setempat.- nasionalkini.my

dbkl 1

Penghuni PPR culas bayar sewa berdepan tindakan kunci air – DBKL

Sri Pahang sasar tiga terbaik