in

Melaka aktifkan pasukan penyelamat sungai

WhatsApp Image 2023 07 26 at 7.16.46 PM 1
Pasukan penyelamat melakukan simulasi pengurusan mangsa kemalangan akibat pelanggaran bot di Sungai Melaka, hari ini sebagai persiapan menerima kunjungan ribuan pelancong menaiki bot pelancongan Sungai Melaka, Melaka River Cruise (MRC) menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 26 Julai – Kerajaan negeri bersedia mengaktifkan pasukan tindakan cemas (ERT) sebagai persiapan menerima kunjungan ribuan pelancong menaiki bot pelancongan Sungai Melaka, di Melaka River Cruise (MRC) menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Murad Husin berkata, langkah yang diambil membuktikan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan bagi meningkatkan keyakinan pelancong.

“Kita telah pun bersedia ke arah untuk menerima pengunjung dan pelancong yang akan datang melalui persiapan keselamatan pasukan ERT yang menjadi aspek penting selain meningkatkan keyakinan pengguna MRC.

“PPSPM mahu memberikan gambaran kami sentiasa bersedia dari pelbagai sudut untuk menyamput kedatangan pelancong baik dari dalam mahu pun luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan simulasi pengurusan mangsa kemalangan pelanggaran bot di Sungai Melaka, di sini hari ini.

Murad menambah, latihan simulasi itu memberi tumpuan terhadap dua aspek keselamatan iaitu pelancong di air dan orang awam yang berada di tebing sungai pelancongan itu.

“Ini kerana, ada juga beberapa kejadian orang awam yang sedang beriadah di sini tergelincir sehingga ada yang menyebabkan kehilangan jiwa

“Sebab itu, pentingnya simulasi sebegini diadakan secara berkala melibatkan pelbagai agensi dan jabatan termasuk pihak polis, bomba Angkatan Pertahanan Awam selain hospital awam dan swasta,” katanya. – nasionalkini.my.

ular kanak kanak

Bomba sahkan kanak-kanak selamat selepas berdepan detik cemas ular senduk susur bawah badan

lhdn 2

Tunggakan cukai: LHDN benar bayaran dilakukan secara ansuran