in

Mangsa kemalangan patah kaki terima kerusi roda

IMG 20240501 083440 800 x 500 pixel

KUANTAN, 1 Mei – Seorang lelaki yang terbabit dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini mendapat perhatian PKR Cabang Indera Mahkota.

Lelaki yang dikenali dengan panggilan R itu mengalami patah kaki dan memerlukan masa kira-kira enam bulan sebelum boleh kembali mencari rezeki untuk keluarganya.

Dia yang berdepan kesukaran untuk bergerak akibat kecederaan itu, menerima bantuan kerusi roda daripada PKR Cabang Indera Mahkota.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail.

“Kakinya dijangka pulih dalam masa enam bulan lagi.

“Dengan kerusi roda ini, dia boleh meluruskan kaki yang diikat dengan besi.

“Kami berharap dia segera sembuh dan boleh kembali mencari rezeki untuk menyara keluarga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Difahamkan, saudara R mengalami kecederaan itu akibat kemalangan motosikal.— nasionalkini.my

IMG 20240430 071852 800 x 500 pixel

Masa untuk Kuala Kubu Bharu buat perubahan

IMG 20240502 195250 800 x 500 pixel

Sambutan Aidilfitri Jengka 3 meriah