in

200 penduduk sepakat semarak Bulan Kemerdekaan

Penduduk taman perumahan Springvale Residents KotaSAS menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan melalui program Kick-off Merdeka @ KotaSAS

KUANTAN, 21 Julai – Kira-kira 200 penduduk Taman Springvale Residents KotaSAS menyertai pelancaran Kick-off Merdeka @ KotaSAS, petang Rabu lalu.

Pengerusi persatuan penduduk, Izzudin Mohamad Amin berkata, program itu adalah bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan Kemerdekaan yang bermula 17 Julai hingga 17 September ini.

Penduduk taman perumahan Springvale Residents KotaSAS menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan melalui program Kick-off Merdeka @ KotaSAS

“Kita mendapat kerjasama dan sambutan baik daripada semua penduduk di taman perumahan ini.

“Paling menarik ialah pembabitan kanak-kanak yang begitu bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang pada basikal mereka,” katanya ketika dihubungi nasionalkini.my hari ini.

Penduduk taman perumahan Springvale Residents KotaSAS menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan melalui program Kick-off Merdeka @ KotaSAS

Selain memasang bendera Jalur Gemilang di kediaman masing-masing, penduduk turut menghiasi laluan utama ke taman berkenaan dengan Jalur Gemilang pelbagai saiz.

Izzudin memberitahu, program itu adalah antara acara tahunan persatuan penduduk bagi merapatkan lagi hubungan antara mereka.- nasionalkini.my

kambing 3

75 ekor kambing, biri-biri diserang harimau kumbang cetus kebimbangan penternak

Lombong bauksit haram kena serbu