in

Salah guna pas kerja punca PATI ‘membiak’ di Malaysia

IMG 20240420 145829 800 x 500 pixel

KUANTAN, 2 Jun – Sikap tamak dan pentingkan keuntungan dalam kalangan ejen menjadi punca lambakan pekerja asing, termasuk kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Timbalan Presiden Persatuan Rangkaian Muslim Inovasi Malaysia (MINM), Dr Abdul Rasid Md Ali berkata, pihak berkuasa perlu mengenalpasti ejen yang terbabit dalam aktiviti seumpama itu dan mendakwa mereka.

“Kegiatan mereka ini adalah pengkhianatan terhadap kedaulatan negara.

“Mereka membawa masuk PATI… janjikan kerja, tapi kerja ditawarkan tak wujud.

“Ada juga kes pekerja asing lari daripada majikan dan majikan terpaksa cari pekerja baru… yang untung adalah ejen,” katanya.

Dr Abdul Rasid Md Ali

Dr Abdul Rasid memaklumkan kitaran ini tidak akan berhenti selagi tindakan tegas dikenakan terhadap ejen atau mana-mana pihak yang terbabit dalam urusan keluar masuk pekerja asing.

Katanya, pihak terbabit perlu diberi pengajaran mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Kalau tak bertegas, masalah ini akan berulang dan tidak ada kesudahan.

“Yang jadi mangsa pencari kerja (pekerja tempatan)… kerana PATI terlalu ramai merebut peluang kerja yang disediakan.

“Sebab itu hanya melalui tindakan penguatkuasaan tegas saja boleh banteras perkara ini,” katanya. – nasionalkini.my

20240406 075637

Tatakelola baik boleh bendung kebanjiran PATI

IMG 20230606 080558 6 x 4 inch

Kenyataan Tengku Zafrul mengecewakan